Syaafiq Erwannâ„¢
owner tutorials links entries twitter facebook follow

Thanks :
Template by Amira Arina.
Re-designed by Samuel Poh.
Re-edited by Syaafiq Erwan.


I still can't say "Good bye" yet :'(
15 November 2013 | 3:46 pm | 0 comments



*/Assalamualaikum dan salam sejahtera\*

      Heyhey readers dan Stalker. Harini ialah hari jumaat bersamaan 15 November 2013. Harini juga merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun 2013. Sekarang pukul 3:17 petang, Syaf dah mula rasa rindu dengan bestie-bestie Syaf tapi yang Syaf paling rindu ialah Danial, jiran sebelah meja Syaf. Harini Danial tak dapat datang kerana dia ada urusan di Mersing.

      Harini kelas Syaf telah mengadakan jamuan kelas dan beberapa game. Yeah, kami makan makanan dan masakan dari semua rakan kelas. Di situ ada bihun goreng, mee goreng, kek lapis, kek coklat dan pelbagai jenis air minuman. Dalam suatu moment, Syaf rasa sangat bahagia terutama di hati Syaf ini. Untuk pengetahuan readers Syaf, Syaf merupakan seorang lelaki yang mempunyai hati yang sangat sensitif.

      Sesudah kami makan-makan. Kami mula pula perkongsian dan kemaafan antara satu sama lain. Semua bestie Syaf sudah menitiskan air mata yang mengharukan hati Syaf ni. Dan for the first time Nabila minta maaf pada Syaf dan Syaf pula mula mengeluarkan air mata ke pipi Syaf. Syaf tak sempat nak minta maaf dengan dia kerana Syaf tak dapat mengawal diri Syaf ni.

     Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk meminta maaf dan berkata jujur pada Nabila. Mungkin sebelum tahun akan datang. Mungkin sesuatu hari nanti. 

      Apa-apa pun. Walau bagaimana Syaf berasa sangat sedih dengan kata-kata Nabila. Syaf perlu senyum dan bergembira kerana setiap moment Syaf harus dipenuhi dengan kebahagiaan dan senyuman dari kawan-kawan dan orang yang tercinta.

      Sekarang Syaf ingin berkongsi dengan anda semua setiap detik yang indah dalam hidup  Syaf. "Moments is the brightest memories in our brain."






























Thank you kepada kawan-kawan Syaf yang telah menyokong dan membantu Syaf.

Semoga kita berjumpa lagi!!

-Assalamualaikum dan bye :'(